Monday, March 9, 2009

salam maulidur rasul

Punca tertutup kebenaran dan panjang angan-angan..

"Nafsu ingin mengatasi orang lain itu dapat dilihat sejak manusia di alam kanak-kanak lagi"

Jabir R.A berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud;


"sesunggunya perkara yang amat aku bimbang menimpa umatku ialah menurut hawa nafsu dan angan-angan yang panjang, adapun menurut hawa nafsu itu akan menutup kebenaran dan panjang angan-angan akan menyebabkan lupa pada akhirat, adapun dunia ini sedang bergerak pergi, sedangkan akhirat pula sedang bergerak datang dengan pantas, setiap keduanya iaitu dunia dan akhirat itu mempunyai anak-anak. Ketahuilah mereka yang menjadi anak-anak dunia, sesungguhnya dunia adalah tempat beramal atau melakukan segala kerja manakala hari akhirat adalah hari perhitungan dan tiada amal."


H.R al-Bukhari


Rasulullah S.A.W telah menyebut beberapa perkara yg akan menular ke dalam jiwa umatnya, antaranya ialah dua jenis penyakit rohani iaitu ' menurutkan hawa nafsu' dan juga 'panjang angan-angan' adalah penyakit yg boleh memusnahkan kebahagiaan dan kesejahteraan umatnya di dunia mahupun di akhirat.


Baginda menjelaskan bahawa apabila seseorang telah menurutkan segala kemahuan nafsunya, akibatnya orang itu tidak lagi dapat melihat kebenaran daripada Allah. Seperti yang ditegaskan oleh firman Allah dlm al-Quran yg bermaksud;

"Adakah kamu tidak melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mempateri mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat, maka mengapa kamu tidak mengambil pengajarannya."

---------------------------------------------------------------------------surah al-jatshiah (45:23)


Demikianlah bahaya orang yg menuruti hawa nafsu sehingga disifatkan oleh Allah S.W.T sebagai bertuhankan nafsu. Dalam keadaan itu bererti dia telah syirik terhadap Allah kerana bersetia kepada kemahuan nafsu, akibatnya Allah S.W.T menguncikan mata hatinya dari melihat kebenaran, mengunci pendengarannya sehingga segala nasihat sudah tidak didengari. dan menutup pandangannya dari melihat syariat Allah.


Nauzubillah.

-----------------------suntingan drp "TAQWA" tulisan Tok Guru Dato' Nik Aziz




0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger