Wednesday, March 25, 2009

SCAM SCAM...AND MORE SCAM

Dah bayak btol issue scam skg nih,, risau betul.. baru je kejap tadi talk to rauf, dia baru kene scam smlm. As if dpt emel drp maybank. cek2 nak amik duit kat atm duit dah lesap.

Pagi tadi first emel recieved in my mailbox pun pasal scam..credit card scam.

And the one below is email i recieved yesterday. My comment is, kalau nak tipu tu, agak-agak la. Ayat tu biar lah betul 'grammbar' serta susunan ayatnyer.. hahahha.. kantoi jek kan, dengan ayat tunggang terbalik.

>>> "Petroliam Nasional Berhad" <guan@pd.jaring.my>(???kenapa mel jaring??instead of petronas?) 3/25/2009 3:20 AM >>>

Petroliam Nasional Berhad(PETRONAS).
Menara 1
Kembar Petronas Menara-menara (???)
Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur(KLCC)
50088 Kuala Lumpur
Malaysia

PETRONAS satu Utama minyak dan Gas Multinational Of PILIHAN bangganya
mengumumkan untuk anda sebagai satu daripada dia Dua Puluh Lima (25)
pemenang bertuah di seluruh dunia dalam ia adalah Secured Online
Promotion.

Anda adalah kerana itu bertajuk untuk satu bayaran Jumlah DUA JUTA RINGGIT
MALAYSIA (MYR2,000,000.00) dalam menunaikan kategori.

Ini Promosi telah diputuskan pada Prestigious Petronas Menara-Menara
Kembar(Kini Bangunan Paling Tinggi di dunia) Kuala Lumpur, Malaysia
melalui satu dijamin mengautomatikkan undi berkuasa di mana lebih 50,000
emel dikemukakan dari di seluruh dunia telah membuat kutipan seri. Tujuan
untuk ini Promotion adalah satu jalan untuk menghargai semua pelanggan
siapa telah merendah-rendahkan kami sejak bertahun-tahun kedua dari
Malaysia dan di seluruh dunia seperti satu keseluruhan, promosi juga
memperlengkapi pada membawa PETRONAS hampir dunia untuk pengiklanan
jenamanya yang indah produk.

Ekoran adalah anda memenangi Informations untuk disimpan rahsia, ejen
tuntutan anda adalah dibenarkan hanya orang anda adalah dikehendaki untuk
mendedahkan informations untuk untuk pemprosesan:

NOMBOR TIKET ------------------60876KS652M,
MEMENANGI NOMBOR ------------------ 85083457
RAFEL MENARIK NOMBOR ------------------1982 02
NOMBOR KESELAMATAN ------------------------- 0202.
NOMBOR RUJUKAN----------------- PET/ 43824394763/08


Anda menjadi Authorised / Mandated oleh pemberitahuan yang mengambil serta
merta untuk berhubung dengan tuntutan-tuntutan anda pegawai yang hak anda
telah didrafkan untuk untuk bantuan maju dan pembayaran.

==================================================================================================================
HADIAH MEMBEBASKAN JABATAN
Petroliam Nasional Berhad(PETRONAS)
Menara 1
Kembar Petronas Menara-menara (tak pernah pulak rasanye kita translate petronas twin tower ke BM nih..?)
Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur 50088 Kuala Lumpur
Malaysia
TEL: +60169079006
EMEL: eghcsp@pd.jaring.my
EN. Martin Jeffrey.
==================================================================================================================

Semua Ahli dan kakitangan Of PETRONAS mengucapkan tahniah anda kerana
mewujudkan seorang pemenang bagi promosinya sebagai kami berharap yang
anda akan mengambil masa untuk Patronize kami dalam masa terdekat untuk
mempunyai satu rasa jenama Exquisite kita produk.

Awak Punya Benar-benar, ----------------------------> your's sincerely ke huh?? heheh..
Puan. Mariam Binti Abdullah..
Penyelaras dalam talian,
PETRONAS BERCAGAR PROMOSI DALAM TALIAN,
Judi Program Antarabangsa.
Terbuka 7 hari 8 Pagi - 11 Malam.
* PWD disclaim all liabilities arrising from this message for any
errors caused by computer virus *

KHASIAT HALBA


This article is taken from email forwarded to me, and i think this is a good information to share with many people out there.. tak perlu berbelanja lebih untuk sihat sebenarnya..

Rasulullah s.a.w bersabda; ' sekiranya umatku tahu akan kelebihan halba, nescaya mereka sanggup menukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ' (books of sufi healing ms 58).

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah s.a.w menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Kurma Ajwa'. Dengan izin Allah, Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah s.a.w kemudiannya bersabda: "gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb? Ahad Qodamah-Mesir).

KEGUNAAN HALBA

1. diminum sebagai teh berkhasiat untuk;
  • melancarkan haid
  • menghilangkan kembung, sebu dan senak
  • pencuci perut
  • menguatkan jantung
  • menghilangkan lendir tekak
  • melegakan sakit kepala/migraine
  • membuang angin
  • menyembuhkan buasir
  • senggugut
  • kegemukan
  • kurang berat badan
  • mengawal kencing manis
  • radang kulit dan bisul
2. Teh halba dan madu
  • kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • anemia
3. untuk anak-anak yang baligh
  • kecergasan
  • kekuatan badan
  • tumbesaran
4. untuk ibu menyusu
  • memperbanyakkan air susu
5. halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

6. memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.

7.halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

8. di terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

MANA NAK DAPAT HALBA

halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah dipek secara komersial di pasaraya.

Alangkah eloknya dapat berubat dengan perubatan tradisional seperti ini yang sgt2 murah dan jimat tanpa berbelanja lebih ..





Monday, March 23, 2009

"saudara Bukan Gagal tetapi Belum Berjaya"

salam muhibbah di hari isnin yg sungguh indah..

kejadian hari ini menduga keinsafan diri agar tidak menyalahkan takdir, keadaan sekeliling, orang sekeliling, orang atasan, orang bawahan, orang di kiri serta orang di kanan. Kejadian ini setelah sekian lama tiada penghujung, tiada juga penghujung walaupun kami bertiga elok duduk ditatapi 10 mata dari atasan yang mungkin tidak berfikir secara telus dan mulus dari bawah.

Tidak guna bersedih. Kata-kata dari penulisan Dr Fadzilah Kamsah mengatakan, from an English quote; apabila perjalanan menjadi sukar, kesukaran akan memulakan perjalanan". Ini bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam al-Insyirah, di mana Tuhan menyebut, : sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu ada kesenangan."

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berjuang di jalanMu, serta limpahilah aku rezeki yang melimpah ruah seperti air di sungai yang tidak berhenti mengalir..amin.

mmm, i take everything that happened to me, even every single 'nice' word that thrown right popped to my nose, as the best motivational element in my life. i hope this is a start to a higher and better achievement.

"kita perlu berubah apabila mahukan perubahan. Masyallah.. sekiranya ini semua tidak terjadi, mana mungkin seorang nakhoda kapal mengubah haluan layarnya..

so moral of the story is, everything happened for a reason.. just do it anor!

Sunday, March 15, 2009

Doa Memohon Perlindungan Dari Banyak Hutang


"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia."

Penjelasan:
Rasulullah S.A.W berasa hiba mendengar rintihan Abu Umamah yg hidup dalam kemiskinan dan banyak hutang, lalu berkata " "Mahukah kamu kuberikan beberapa kalimat dan mulakan dengan baik kepada setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kegelisahan dan memberi kelonggaran kepadamu" Kemudian Rasulullah S.A.W membaca kalimat doa di atas dan diamalkan oleh Abu Humamah.

cemerlang dengan menegakkan ibadah

"wahai mereka yg beriman, sujud dan rukuklah serta beribadahlah kepada Tuhanmu dan buatlah kebaikan semoga kamu beroleh kejayaan." ------------- Al-Haj,77

Ibadah adalah latihan yg merangkumi minda, hati dan jasad manusia. Disiplin yg terdpt di dlmnya menjadikan individu itu unggul dalam bidangnya. Matlamat ibadah adalah mencari keredhaan Tuhan. Manusia yg mementingkan keredhaan Tuhan tidak dapat dibeli oleh manusia. Hanya manusia seperti ini sahaja yg layak menjadi pemimpin dlm masyarakat. Justeru, jadikan ibadah sebagai aktiviti penting dlm kehidupan kita. Masukkan ibadah dlm setiap perancangan hidup dan berikan keutamaan pada ibadah fardhu. Tuhan menyatakan dalam surah az-Zariyat ayat 56 yg bermaksud, "Tidak Aku jadikan jin dan juga manusia melainkan agar mereka beribadah (mengabdikan diri) kepadaku."

---tip2 cemerlang drp Quran:dr danial Zainal Abidin.

:Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku hambamu yang bersyukur serta yang sentiasa taat kepada perintahMu..seseungguhnya aku hambamu yg lemah, sentiasa alpa dan lupa..

Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

Wasiat Al-Banna ke-8, Jauhi bicara aib orang lain

"Jauhkan daripada membicarakan keaiban orang lain atau melukai mereka dalam bentuk apa pun dan jangan berbicara kecuali yang baik," kata Hasan al-Banna.

Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam, khasnya para da'ie agar menjaga lidah dan semua ini boleh dilakukan dengan meneropong kesilapan dan kelemahan diri mereka sendiri.

Apabila seseorang itu kerap bermuhasabah, meneropong kesilapan dirinya sendiri, mereka akan kurang membicarakan aib orang lain. Dengan ini, terciptalah dunia yang aman.

Bagaimanapun, perihal aib ini adalah termasuk dalam kategori aib peribadi. Namun, dalam hal salahlaku pemerintah yang melakukan kesilapan dalam pentadbirannya, maka hal ini tidaklah termasuk dalam perbincangan ini.

Ini kerana, perihal salahlaku pemerintah itu mestilah dicegah agar mudaratnya tidak akan melimpah ke atas masyarakat manusia seluruhnya.

Sepotong hadis Rasulullah s.a.w menyebutkan bahawa, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Jadi, inilah antara kaedah untuk menghalang rahsia dan aib kita didedahkan Tuhan di hari akhirat kelak.

Ada sebab-sebabnya kenapakah kita suka membuka rahsia keaiban orang lain. Kebanyakannya sikap ini bermula daripada perasaan dengki dan iri hati.

Lalu, meluap-luaplah perasaan untuk menjatuhkan maruah, imej dan reputasi orang lain di dalam kerjaya mereka misalnya.

Padahal, keaiban dan kelemahan seseorang itu memang berlaku dalam urusan Allah. Tuhan sendiri telah menyatakan bahawa manusia itu dicipta dalam serbu kekurangan dan mereka tidak sempurna.

"Wa khuliqal insanu dha'ifan - dan diciptakan manusia itu dalam keadaan daif."

Kita sendiri mesti ada kelemahan. Maka sebab itulah persaudaraan itu penting agar dengan itu kelemahan kita akan ditampung oleh kekuatan orang lain. Dan, kekuatan kita menampung kelemahan orang lain.

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Apa yang menjadi masalah ialah manusia itu sendiri berasa dirinya cukup sempurna lalu dia angkuh dengan pemberian Tuhannya.

Maka jelaslah di sini bahawa bahaya lidah berpunca daripada hati yang tidak bersih, suka menghina orang lain kerana berasa dirinya sudah baik.

Sekali peristiwa, tersebutlah kisah di mana Tuhan mahu mencipta makhluk yang baru, iaitu Nabi Adam a.s. Pada ketika itu, diriwayatkan bahawa Iblis pada ketika itu digelar Azazil dan dia menjadi guru kepada para malaikat lantaran kelebihan ilmunya.

Iblis berasakan bahawa tiada orang yang boleh menandingi kesolehannya, kewarakannya dan ilmunya. Sehinggalah dengan tiba-tiba tercipta Adam a.s.

Ekoran cemburu, dengki dan iri hati itulah, maka Iblis sampai sanggup menghina Adam a.s dengan katanya, "Aku lebih baik daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api dan Engkau ciptakan dia daripada tanah!"

Demikianlah kata Iblis ketika dia diperintahkan Tuhan untuk sujud bersama-sama malaikat ke atas Adam a.s itu.

Jelas di sini. Ketika hati tidak bersih, jiwa dibalut rasa angkuh, maka lidah pun secara tidak langsung akan lebih mudah menghina orang lain.

Sedangkan, jelas wujud arahan di dalam al-Quran yang memerintahkan kita agar jangan hina orang lain. Ini kerana, mungkin yang dihina itu lebih baik daripada si penghina.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan itu) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat: 11 - 12]

Perbaiki hubungan persaudaraan
Maka, wasiat Hasan al-Banna yang ke-8 ini barangkali sumber, asas dan dasarnya digali daripada surah al-Hujurat yang merincikan nilai-nilai moral dan akhlak yang sepatutnya dijunjung dan diwarisi oleh umat Islam seluruhnya.

Dengan menjaga lidah, maka hubungan persaudaraan terpelihara. Ini kerana, masing-masing orang tidak akan mencederakan perasaan orang lain melalui kata-kata.

Dan, inilah sebenarnya yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna. Iaitu, mengembangkan rasa persaudaraan Islam sejagat. Dengan lidah persaudaraan terhakis dan melalui lidah jugalah ikatan persaudaraan kembali terjalin.

Hubungan ukhwah, perpaduan antara Islam ini jangan dilihat dari sudut yang kecil saja seperti hubungan kejiranan dan hubungan di tempat kerja semata-mata.

Yang lebih mustahak, ialah kita menyelami hasrat dan keinginan Imam Hasan al-Banna ini yang mahukan Islam itu menjadi 'ustaz' kepada alam ini. Pada tahap itu, umat Islam di dunia adalah murabbi, pengasuh dan pendidik di dunia.

Demikianlah tingginya cita-cita beliau itu. Jadi, hubungan ukhwah persaudaraan Islam ini tentunya bersifat menjelajah ke antara benua, merentas sempadan negara-negara Islam. Mungkin, yang lebih utama ialah bagaimanakah mahu membentuk ikatan persaudaraan antara pemimpin-pemimpin dan umat Islam seluruhnya.

Kita melihat, tiadanya kesepakatan antara Negara-negara Islam sendiri dalam isu Palestin yang ditindas. Umat Islam di Patani dan lain-lainnya.

Tapi, tiada pula percakaran dan pertengkaran yang besar-besar antara Negara-Negara Islam. Kalau pun ada, ia melibatkan kes perang Iraq dan Iran pada satu masa dahulu. Maka hendaknya persefahaman antara pemimpin negara Islam dapat dijalin bersama bagi menyatukan tindakan mereka pada masa hadapan.

Berkatalah yang baik-baik sahaja
Akhirnya Hasan al-Banna berwasiat, jika kita ingin berbicara, maka pastikanlah bahawa isi dan inti percakapan itu cuma yang sarat terisi dengan kalimah yang baik-baik sahaja, menyeru ke arah kebaikan dan mengajak orang-ramai meninggalkan segala yang merosakkan amalan, fikiran dan jiwa dan anggota tubuh badan.

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, ".. sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka katakanlah hal-hal yang baik atau lebih baik diam sahaja." Apabila seseorang itu berdiam, dia akan terus-menerus berzikir, berwirid. Semua ini menunjukkan bahawa waktu seseorang Muslim itu sangat berharga dan setiap masa yang berlalu tidak digunakan ke arah yang tidak berfaedah.

Apabila berbicara, mereka mengungkapkan hal-hal yang baik-baik. Jika berdiam diri, mereka akan berzikir secara rahsia. _

Friday, March 13, 2009

Claim Takaful Ikhlas

Wahai insan manusia, jangan persiakan hari muda, persiapkanlah diri bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan malapetaka serta musibah, yang pasti akan berlaku di dalam kehidupan setiap insan.. Nauzubillah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Wednesday, March 11, 2009

Best Takaful/Retakaful Provider 2008 -TAKAFUL IKHLAS

March 3, 2009, Dubai. Malaysia’s Takaful Ikhlas Sdn Bhd was chosen as the Best Takaful/Retakaful Provider 2008 by readers of Islamic Finance News (IFN) in a draw held in conjunction with Islamic Finance News Awards 2008 recently.

The award which is now into its 4th year in 2009 was won by Takaful IKHLAS through ballots conducted by Islamic finance industry practitioners and observers through IFN which was produced on every Friday. IFN focus on international finance market and industry.

The Chief Executive Officer and President of Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman is present to receive the award in an award giving ceremony organized by IFN in Dubai tonight. The President/Chief Executive Officer of Takaful IKHLAS, Syed Moheeb Syed Kamarulzaman said, the award received constitute the benchmark of their excellence to-date. Takaful IKHLAS also considers such award as the highest international recognition ever received by the six year old takaful provider. "The award proves that even though Takaful IKHLAS is a just new company, our products have gained acceptance by the public," he said in a press release by Takaful IKHLAS here today.He further said that the award received would be treated as the catalyst towards Takaful IKHLAS continuous success in the future thus enabling it to stands tall in the insurance and takaful industry. Syed Moheeb commented that the award launched by IFN was held to recognize companies which have operations that directly or indirectly contribute to Islamic finance institutions.Syed Moheeb further stressed that the win would provide the best platform for his side to highlight the Takaful IKHLAS brand not only in Malaysia but also at the international level.

"We have streamlined various plans to penetrate the international market in the coming years and as such continuous efforts have been put in place to ensure that these could be realized in this short term. In this respect, Takaful IKHLAS is grateful when it was chosen as the recipient of the award even though our involvement in the takaful industry is still new if compared with the other takaful operators," he said.

Takaful IKHLAS, a wholly owned subsidiary of MNRB Holdings Berhad (MNRB) begin its operations in July 2003. MNRB is listed in the main board of Bursa Malaysia Securities Berhad where its main shareholder is Permodalan Nasional Berhad through its Amanah Saham Bumiputera scheme.

As at now, Takaful IKHLAS has established a wide distribution network with more than 5,000 agents nationwide in Malaysia.








Monday, March 9, 2009

Penuhi Masa Muda untuk Kebahagiaan Masa Tua


"Jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua"

salam maulidur rasul

Punca tertutup kebenaran dan panjang angan-angan..

"Nafsu ingin mengatasi orang lain itu dapat dilihat sejak manusia di alam kanak-kanak lagi"

Jabir R.A berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud;


"sesunggunya perkara yang amat aku bimbang menimpa umatku ialah menurut hawa nafsu dan angan-angan yang panjang, adapun menurut hawa nafsu itu akan menutup kebenaran dan panjang angan-angan akan menyebabkan lupa pada akhirat, adapun dunia ini sedang bergerak pergi, sedangkan akhirat pula sedang bergerak datang dengan pantas, setiap keduanya iaitu dunia dan akhirat itu mempunyai anak-anak. Ketahuilah mereka yang menjadi anak-anak dunia, sesungguhnya dunia adalah tempat beramal atau melakukan segala kerja manakala hari akhirat adalah hari perhitungan dan tiada amal."


H.R al-Bukhari


Rasulullah S.A.W telah menyebut beberapa perkara yg akan menular ke dalam jiwa umatnya, antaranya ialah dua jenis penyakit rohani iaitu ' menurutkan hawa nafsu' dan juga 'panjang angan-angan' adalah penyakit yg boleh memusnahkan kebahagiaan dan kesejahteraan umatnya di dunia mahupun di akhirat.


Baginda menjelaskan bahawa apabila seseorang telah menurutkan segala kemahuan nafsunya, akibatnya orang itu tidak lagi dapat melihat kebenaran daripada Allah. Seperti yang ditegaskan oleh firman Allah dlm al-Quran yg bermaksud;

"Adakah kamu tidak melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mempateri mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Maka siapakah yang akan memberi petunjuk sesudah Allah membiarkannya sesat, maka mengapa kamu tidak mengambil pengajarannya."

---------------------------------------------------------------------------surah al-jatshiah (45:23)


Demikianlah bahaya orang yg menuruti hawa nafsu sehingga disifatkan oleh Allah S.W.T sebagai bertuhankan nafsu. Dalam keadaan itu bererti dia telah syirik terhadap Allah kerana bersetia kepada kemahuan nafsu, akibatnya Allah S.W.T menguncikan mata hatinya dari melihat kebenaran, mengunci pendengarannya sehingga segala nasihat sudah tidak didengari. dan menutup pandangannya dari melihat syariat Allah.


Nauzubillah.

-----------------------suntingan drp "TAQWA" tulisan Tok Guru Dato' Nik Aziz




Sunday, March 8, 2009

Kajian sains: Solat rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati
setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu
meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dengan buku mengenai rahsia solat dari segi sains.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu
sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat
apabila selalu digunakan.
Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan
tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,"katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika
dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif
terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenal pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif.
Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas
elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit
kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalogr aphy) digunakan
untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

"Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang
dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa
(8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang," katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian
yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
"Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri
seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat.
Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah
tamakninah," katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada

dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu
menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang
perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi
tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang
menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding
pengambilan darah.

"Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara
ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai
status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai
penyakit kritikal lain,� katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi
tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima
kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk
dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara
sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat
berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat
secara bersendirian.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah
bersabda: Sesungguhnya solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih afdal
daripada solat bersendirian. . (Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).

"Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat
bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat,
cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya
meneutralkan cas tubuh.
"Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat.
Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan
mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas
negatif,"katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang..

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.
Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan
selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati
keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran
lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat
mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh
melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai
gerakan solat.
Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan
ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang
belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi
solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit
pinggangnya berkurangan.

"Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang
bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung.
Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman
sama seperti gerakan solat,"katanya. .

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi
(ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang
lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali
penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200
peratus.

"Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar
melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung,
tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan
solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap
normal,"katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat
sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12
rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian
pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama
ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung
paling rendah adalah ketika berbaring.
"Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring.
Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus," katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih
meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat
sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana
boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk
melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan
senaman selama 30 minit setiap hari.-end-

(Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin
dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam
berhubung manfaat dan fadhilat solat )

Wasiat ke-7 Al-Banna, elakkan bercakap nyaring

Fahri Abdullah al-Masri
Sat | Feb 21, 09 | 11:57:02 pm MYT
Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh
pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang
masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di
hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) , sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka
agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini
kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori
dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini,
al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu
sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat) , dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi
mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan
dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir'aun.
"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." [Taha: 44]

Jangan nyaring berwirid
Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali
pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan
tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan
merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) , dan
dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan
janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang
lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit
'ujub dan sum'ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir,
meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka.
Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan,
diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana,
bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana
mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan
duniawi sebelum ini.

Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan.
Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid
dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam. .

Jangan keraskan suara di depan guru
Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah
s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara
yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu
melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan
lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu
menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain.
(Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya,
sedang kamu tidak menyedarinya.

Sesungguhnya
orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi
Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati
mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat
ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan
tatatertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui
mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di
sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara
kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang
bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi."

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang
selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan
tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal
agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka,
janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa

Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri.
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah
melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya
sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka
janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar)
sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah
mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang
bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah
(untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada
mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya
memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah
mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda
Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi;
"Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."
Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat
zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat,
"Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah
matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu. "

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada
ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat
keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu
bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (Allah
s.w.t).

Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal
daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah
pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, Auku
dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat) , dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi
mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan
dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam
(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal
kepadaNya. [Ali Imran:159]

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka Allah s.w.t
tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak
kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan
yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak
rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat.

Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat
redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL
(rakyat) untuk mendapat restu Allah dalam pemerintahan mereka.

Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai
tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan
berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan
mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan
sebagainya.

Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri
untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah
anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi," kata baginda.
"Ya Rasulullah, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan
sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku
menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu-satunya
anak tunggal mereka."

"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah,
kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian
baginda memutuskan.

Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya.
Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah
di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru
bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan
baik dan tabah hati.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar:
"Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?
Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." [Al-An'aam:74]
Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama..

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta
ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat
sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu
adalah ahli neraka.

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim
bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan
kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya
musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi
Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. [Surah at-Taubah: 113 - 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap
baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap
penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu
keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya.

Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan
marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati
seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan
dan wasiat Imam Hasan al-Banna.

Tukang Kapak, Mungkar dan Nakir

Al-kisahnya seorang jutawan telah menulis satu wasiat -barang siapa yang dapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalannya. Lalu ditanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya di dalam kubur nanti.

Lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjagamu wahai ayah kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.

Selang keesokan dipanggil semua adik-beradiknya dan beliau berkata, "Wahai adik-adikku sekalian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelah aku mati nanti bersama selama 40 hari di dalam kubur yang kuhias indah seperti banglo mewah ini dan aku juga akan memberi setengah daripada harta ku kepada di antara kamu yang sanggup bersamaku."

Adik-adiknya pun menjawab, "Wahai abangku, adakah engkau sudah gila mana mungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikan pula di dalam tanah."
Lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya. Beliau masih bertegas dengan hajatnya yang ingin ditemani di dalam kubur nanti apabila beliau sudah mati nanti. Dipanggil setiausahanya supaya diwar-warkan di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.
Akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembali ke rahmatullah. Kuburnya dihias indah dan digali seperti sebuah banglo di dalam tanah yang mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.

Pada waktu yang sama seorang Tukang Kapak yang sangat miskin telah mendengar akan wasiat tersebut lalu diberitahu kepada isterinya apakah dia perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.
Isterinya berkata, “Wahai suamiku, apalah sangat menjaga mayat tersebut selama 40 hari dibandingkan kerja-kerjamu di dalam hutan bertemu harimau dan hantu bajang ketika menebang kayu. Lagi pun makanan disediakan.
Tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebut untuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.
Keesokan harinya dikebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupun mendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama. Si Tukang Kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanah bersama kapaknya.

Setelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan maka datanglah Mungkar dan Nakir ke dalam kubur tersebut.
Si Tukang Kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yang hadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut. Terdetik di fikirannya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan disoal oleh Mungkar dan Nakir.Tetapi sebaliknya yang berlaku, Mungkar dan Nakir telah menuju ke arahnya dan lalu berkata.

Apa yang kau buat di sini?
Aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah harta wasiatnya.

Apa harta yang kau ada sekarang?
Aku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.
Dari mana kau dapat kapak ni?
Aku membelinya.
Lalu hilanglah Mungkar dan Nakir di hari pertama di dalam kubur tersebut.
Hari kedua di tanya pula, apa yang kau buat dengan kapak ni?
Aku menebang pokok untuk dijadikan kayu api untuk dijual.
Hari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebut pokok siapa yang kau tebang dengan kapak ni?
Kat hutan mana ada orang punya pokok.
Adakah kau pasti?
Lalu hilang lagi Mungkar dan Nakir hari ke empat.
Adakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukurannya dan beratnya sama untuk dijual?
Aku potong cincai-cincai je, mana boleh ukur sama rata lalu hilang dan muncul Mungkar dan Nakir tersebut selama 39 hari dan soalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.
Di hari terakhir yang ke 40, datanglah Mungkar dan Nakir sekali lagi bertemu dengan Tukang Kapak tersebut.

Berkata Mungkar dan Nakir hari ini hari terakhir aku bersamamu buat seketika tapi aku akan bertanya pasal kapak ini. Belum sempat Mungkar dan Nakir menyoal beliau, si Tukang Kapak tersebut telah melarikan diri ke atas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramai orang sudah menantikan kehadirannya untuk keluar dari kubur tersebut.
Si Tukang Kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkan mereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut dan aku tidak menginginkannya lagi.
Sesampai di rumahnya lalu si isteri berkata wahai suami ku, di manakah setengah harta peninggalan jutawan tersebut.
Maka jawab si Tukang Kapak. Aku tidak mahukannya lagi. Sedangkan harta aku yang ada kat dunia ini hanya kapak. Tapi apa yang di soal Mungkar dan Nakir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini. Apa akan jadi sekiranya harta aku begitu banyak. Bagaimana dapat aku menjawabnya.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ford Cars. Powered by Blogger